BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 10, 2010

Memujuk hati

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Akhir-akhir ini saya sering menghela nafas...bukannya lega tapi sebaliknya. Terasa begitu berat di rasa, begitu sesak di minda sehinggakan semuanya terasa...'penat'.

Saya bukannya terlalu 'berkira' soal kerja, tapi kalau sudah diasak dengan rasa tidak puas hati...akhirnya terasa mau lari saja. Sayapun manusia biasa juga, ada hati ada rasa. Saya tidak boleh selamanya bertahan pada situasi yang begitu menguji sabar saya..

Lantas saya cuba memujuk hati, bermuhasabah diri. Bukankah semua itu merupakan asam garam kehidupan? Saya diuji dengan cabaran yang pastinya akan lebih mendewasakan saya. "Apa-apa yang tidak membunuh saya, pasti akan menjadikan saya lebih kuat". Payah...tapi harus diyakini. Sering saya berpesan pada diri sendiri, Tuhan tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita hadapi...

Begitupun, saya tetap juga rasa kecewa apabila perlu berhadapan dengan orang yang pada saya begitu tinggi ego dan 'selfish'nya. Untuk itu saya berusaha meminimumkan 'contact' dengan orang-orang yang berkenaan. Takut kalau-kalau nanti separuh yang tidak sabar itu mengatasi kesabaran.

Saya masih meneruskan kerja saya seperti biasa, cuma saya tidak mahu terlalu melihat kepada perkara-perkara yang boleh membuka ruang kepada ke'tension'an saya. Saya lebih berfokus kepada perkara-perkara yang lebih memberi kesan positif kepada hidup saya. Life is too short to hate anybody...

Saya tetap bersyukur kerana di sebalik rasa tidak gembira, saya masih boleh menikmati 'kegembiraan' di tempat kerja. Saya juga bersyukur kerana diberikan kekuatan hati dan kesabaran untuk menempuh segala dugaan dan cabaran hidup saya.Mudah-mudahan saya diberi kerendahan hati dan kelapangan hati menerima setiap apa yang saya lalui. Saya yakin, setiap kebaikan pasti akan mendapat balasan baik juga, tidak di sini...pasti di sana...InsyaAllah.