BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 10, 2010

Positif...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Sekadar mahu berkongsi sesuatu yang mungkin bagus untuk renungan bersama...

Dalam menempuh kehidupan, kita pastinya perlu berdepan dengan pelbagai cabaran. Sering juga kita mengeluh meskipun kita tahu cabaran itu adalah asam garam kehidupan. Ada juga yang beranggapan bahawa hanya mereka sahaja yang terkena dengan hambatan masa, tidak orang lain. Ada juga yang menyangka hanya mereka yang sengsara, tidak orang lain. Malah ada yang berkata hanya mereka yang malang dan tidak orang lain. Biasa, kan?

Sebenarnya, kita semua lebih kurang saja. Ada lebih di sini, kurang di sana. Untung di sana, rugi di sini...biasalah. Tapi kita perlu positif dalam menempuhnya. Sekali sekala beerteriak...pada saya, adatlah. Kita juga manusia biasa. Kalau asyik-asyik kita saja yang berteriak...sakit juga tekak (dan sakit juga telinga orang di sekeliling kita...) Jadi, sabarlah hati, tabahlah rasa

Saya suka dengan kenyataan ini :
"Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. Sebaliknya Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksanaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri. Allah s.w.t ciptakan setiap manusia untuk berjaya..."

Fikirkan, usahakan untuk lebih positif. Insyaallah...

Wednesday, March 3, 2010

Membuat pilihan...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Dalam kesibukan dan keadaan yang merimaskan akibat kesan 'el-nino' ini, keadaan semakin rimas apabila kita berhadapan dengan situasi yang memerlukan kita membuat pilihan, kan?

Baru-baru ini saya berhadapan dengan situasi yang memerlukan saya untuk membuat pilihan. Meskipun ianya tidaklah melibatkan hal antara hidup dan mati tetapi pada saya perkara tersebut masih tetap penting. Dalam urusan kerja...saya tidaklah terlalu 'bercita-cita tinggi'. Pada saya selagi saya masih boleh bekerja, ada yang saya sumbangkan dan bergaji...pada saya sudah ok. Bukan tidak mahu naik pangkat dan sebagainya tapi...gaji besar datang dalam satu pakej, tanggung jawab yang juga lebih besar. Mana mungkin mahu naik pangkat, naik gaji, tapi kerja goyang kaki, arah orang sana sini. Kerja sendiri pun sebenarnya tidak begitu. Hakikat kan? Dalam kalut berfikir, saya tetap meminta pandangan daripada beberapa orang yang pada saya boleh memberikan sedikit sebanyak inspirasi kepada saya. (terima kasih atas nasihat dan kata-kata yang bernas...)Alhamdulillah, akhirnya saya membuat keputusan yang pada saya kemudiannya nanti tidak perlu dikesalkan.

Dalam pada saya mencari-cari ilham tempohari, saya yakin bahawa prinsip yang betul akan banyak membantu. Kalau kita ikhlas bekerja, segalanya pasti baik-baik saja. Tuhan itu maha pengasih dan penyayang. Kebaikan pasti akan dibalas dengan seribu kebaikan jua.Insyaalah.