BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 30, 2010

Kerja kita...

Assalamualaikum w.b.t

Kelmarin, aku terjumpa kawan lama. Macam-macam cerita kami bualkan meskipun kami sekadar terjumpa. Antara isi cerita; kawan-kawan, keluarga, kerja,kerja dan kerja! Dahsyatkan? Tanpa disedari, kami berkongsi cerita berkenaan tuntutan kerja. Kawan tadi mengeluh betapa tuntutan kerja kadang-kadang menyeksa jiwa. Bahkan ada yang menuntut nyawa. Betulkan?

Aku sekadar berkongsi rasa...dalam bekerja kita tidak boleh terlalu serakah. Kadang-kadang kita mahu menjadi seorang yang terlalu sempurna sedangkan kita ini manusia biasa. Bukan pula aku bermaksud kita bekerja setakat buat yang terdaya, caca marba dan asal kerja. TIDAK sama sekali. Tetapi pada aku kerja itu biarlah berpada-pada. Rancanglah kerja dengan baik dan teliti. Selalu muhasabah diri...letakkan sasaran yang boleh kita capai. Jangan sekadar bermimpi! Andai kita ikhlas bekerja, kita pasti berasa seronok melakukannya. Andai kita berasa terpaksa, makanya kita pasti tersiksa dan menderita. Kesannya..STRESSSSSS.

Kemudiannya, tekanan itu akan kita jadikan alasan untuk segala kekurangan kita...Seperti yang telah ku katakan tadi. Berpada-padalah. Kita bekerja sebaiknya tapi janganlah sampai menyiksa diri. Ingatlah akan orang tersayang. Ada masa lapang,berehatlah. Kalau kita berada dalam keadaan yang baik, pasti kita akan boleh menghasilkan kerja yang baik juga.

Pesan kepada mereka yang bekerja sehingga menderita...bersabarlah. Usai semula cara kerja. Andai tak berdaya, berfikirlah secara positif. Sayangi diri.

Kadang-kadang bercakap memang senang, tetapi tidak semudah melaksanakannya. Aku juga macam orang lain, ada pasang surutnya. Tapi aku yakin, Allah s.w.t tidak akan menguji kita dengan sesuatu yg tidak mampu kita hadapi. Yakinlah. Pernah dengar ungkapan `sesuatu yg tidak boleh membunuh kita,pastinya akan menjadikan kita lebih kuat`. Untuk itu berusaha, berdoa dan bertawakallah agar kerja kita tidak membunuh kita... Insyaalah.

Wednesday, January 27, 2010

Kisah tupai...

Salam sejahtera,

Semalam semasa sedang makan malam, kami menerima tetamu yg tidak diundang.POLIS. Bersama mereka ada seorang budak lelaki yg bergari tangannya. Rupa-rupanya, itulah antara orang yg menceroboh rumah kami pada 4 Januari lalu. Dia mengaku dan menunjukkan tempat-tempat dia memanjat...Kesimpulannya, penjahat sudah tertangkap.

Apabila melihat muka budak itu, terbayang betapa muda usianya. Tapi...awas! jangan terpedaya dengan penampilan kerana menurut polis mereka ini bergiat aktif di sekitar daerah Papar. Sudah lebih 15 buah rumah mereka kerjakan. Duit haram tu dibawa ke cyber cafe...betapa budak2nya mereka.

Bagaimana agaknya dengan ibu bapa mereka ya? Kenapa mereka boleh sejahat itu? Nekad dan akhirnya...akhiran yg tidak menggembirakan.

Pada aku, aku bersyukur kerana mereka sudah ditangkap. Bersyukur kerana mereka tidak boleh lagi menganiaya orang walaupun buat masa ini (kerana akan datang kita tidak tahu), bersyukur kerana kepercayaan terhadap kerja polis terselamat. (Dulu...aku rasa diorang ni formaliti saja...)

Apa-apapun, kejahatan tetap akan kedapatan. Tuhan tu maha adil...esok atau lusa, harinya pasti tiba.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Untuk mereka yg pernah teraniaya, jangan sekali-kali putus asa. Pasti ada hikmanya. Insyaallah.

Thursday, January 14, 2010

Yakin boleh.

Salam sejahtera...

Hari ini aku berdepan dengan pelajar-pelajar cemerlang aku seawal 7.00 pagi. Sudah terlalu biasa melihat guru-guru yang terpaksa menunggu pelajar. Kesal lagi melihat pelajar yang bangga pula ditunggu guru. Tapi, pagi ini aku terasa payahnya mahu membawa pelajar aku membaca...agaknya itulah cabaran aku kali ini. Teks baru...buku baru,tapi mentaliti tetap di takuk lama. Tahun ini aku kena lebih kreatif untuk menggerakkan pelajar-pelajar aku. Aku tetap yakin...aku boleh membuatkan mereka juga boleh...tengoklah nanti. mudah-mudahan .Insyaallah.

Friday, January 8, 2010

Sedihnya

Assallamualaikum,

Hari ini sekadar berkongsi rasa hati yang sedih. Sedih melihat anak2 muda yang tidak lagi mempunyai budi pekerti seluhur dulu. Anak2 sekarang sudah jarang menjunjung maruah kedua ibu bapa di puncak tertinggi dirinya. Usahlah ditanya tentang harga diri...entah di mana letakknya. Saya sedikit emosi kerana pengalaman berhadapan dengan sikap pelajar2 biadap beberapa hari ini.

Dalam satu majlis...anak2 ini lebih suka menyorak tanpa perlu tahu apa intipati yang sedang dibincangkan. Mereka lebih suka berlagak hebat sesama mereka,tetapi apabila dikeluarkan dari kelompoknya, nama sendiripun tidak tersebut. Begitu berbangga mereka dengan kebiadapan seoalh-olah itu satu lambang kemajuan.

Teguran dan nasihat yang diberi bagai angin lalu. Lebih malang lagi apabila ada ibu bapa yang menyatakan mereka sendiri tidak lagi mampu mengawal anak masing-masing. Sekolah tidak dilihat sebagai gedung ilmu sebaliknya pusat penjagaan anak2 yang perkhidmatannya tidak perlu mereka bayar. F.O.C....

Apa2pun, saya masih berfikiran positif, di luar sana masih ramai lagi anak2 yang berjiwa luhur dan berbudi mulia, beruntunglah keluarga mereka...mudah-mudahan anak-anak ini terus berjaya dan mendapat kejayaan dan keberkatan hidup di dunia dan akahirat. Insyaalah.

Bagi saya...hidup tetap berlangsung seadanya. Saya tetap berusaha sehabis daya, membantu selagi terdaya dalam perjuangan saya mendidik anak bangsa. Saya yakin jika kita ikhlas bekerja,pasti akan ada juga kesannya. Insyaalah. Mudah2an saya diberikan kesihatan, kekuatan fizikal dan mental dalam usaha saya. Insyaallah.