BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 15, 2010

Tragedi Airmata

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Sehari dua ini aku melihat airmata yang begitu murah harganya. Menitis di mana-mana. Menangis itu lumrah. Malahan menangis itu suatu yang menyihatkan dan boleh memberi kelegaan kepada kita. Tetapi wajarkah kita menangisi setiap satu yang berlaku di luar kehendak kita? Patutkah kita menangis setiap kali percaturan kita tidak menjadi? Perlukah?

Hal sebegitulah yang mengganggu benakku setiap kali melihat tragedi airmata. Tragedi? ya...tragedi. Amat malang kita menangis untuk suatu yang belum pasti dan belum lagi kita tempuhi. Malang kerana kita menangis semata-mata kerana risau akan beban kerja yang masih belum pasti menjadi tanggungan kita. Malang kita menangisi peluang menimba pengalaman yang cuba diberikan kepada kita tetapi kita memberikan tafsiran yang berbeza terhadapnya. Amat malang kita menitiskan airmata kerana kita ingin membuktikan betapa kita perlu dikasihani dan dimengerti...Entahlah. Mungkin menangis ini ada seninya. Mungkin juga menangis ini ada muslihatnya... Ahh!!!apapun ia, pada aku airmata itu ada harganya...

Airmata itu berharga?...ya, airmata itu ada nilainya. Bukan untuk diberikan kepada semua. Bukan juga untuk setiap perkara. Mengapa? kerana airmata boleh menggambarkan siapa kita. Airmata juga boleh memberi gambaran emosi kita. Aku tidak berkata kita jangan menangis, samalah juga dengan andaian lelaki tidak boleh menangis. Tidak, aku tidak menentangnya. Pada ku menangis itu perlu, tetapi lihatlah dulu kewajarannya. Memang airmata tidak boleh ditahan pada saat ia tumpah. Tapi...janganlah terlalu cengeng!.Kenapa? takut...nanti airmata itu hilang nilainya. Sama seperti persepsi orang yang terlalu sering melihat kita menangis...hmmmmmm

Kalau ingin menangis...menangislah. Tapi biarlah ia menjadi suatu yang tidak terlalu sering hingga memberi pelbagai tanggapan pada orang yang melihatnya. Sukar? mungkin, tetapi kita sentiasa boleh mencuba...maka, 'be strong'...

Aku juga sering menangis...tetapi hanya di sudut hati. Aku juga terkadang menangis kala hati tersentuh, aku juga menangis kala aku terlalu marah...TAPI tidak hanya kerana aku diberi kerja...aku tidak akan menangis hanya kerana aku diberi cabaran. Pada aku semua dugaan itu akan mendewasakan...semua pengalaman itu akan memberi erti pada kehidupan...

Janganlah kita menangis semata-mata kita merasakan hanya airmata saja yang kita ada...Janganla kita menangis hanya kerana kita telah kehilangan kata-kata...takut nanti sampai satu ketika kita tidak mampu lagi menangis dan tidak ada orang yang mahu menangisi kita...waulahuaalam..

Saturday, October 9, 2010

Relaxing...

Friday, October 8, 2010

Terkadang...

Assalamualikum w.b.t dan salam sejahtera,

Terkadang, adakalanya hati yang terlalu manusia ini terasa ingin lari. Lari...jauh, dan menghilang. Terkadang, rasa yang terlalu hiba ini terasa ingin terbang. terbang...tinggi, dan menyepi. Bisakah aku berlari???bolehkah aku terbang??? Hmmmpph.

Terkadang, ingin saja menurut rasa dan kata hati. Namun, kemanusiaan itu jugalah yang mengingatkan betapa rasa boleh membawa binasa. Betapa hati boleh membawa mati. Maka...akhirnya, hakikatnya...aku masih berdiri di sini. Di tempat aku berpijak ini.

Meski terkadang aku merasa lelah dan payah, walau terkadang aku merasa sayu dan sendu, namun aku tahu aku masih wajib bersyukur, wajib mensyukuri segala-galanya. Inilah kehidupan, inilah kenyataan.

Lantaran hidup ini atas pilihan, aku memilih untuk terus menarikan rentak hidupku di sini. Aku yakin bahawa ada rahmat di sebalik segala ini. Aku yakin bahawa rasa resah, rasa sendu sayu itu lambat laun pasti berlalu. Mungkin nanti,... (mungkin...terus juga begini)Hmmmph. Segalanya berkemungkinan.

Pada detik yang payah ini...aku serahkan segalanya pada Yang Maha Mengetahui, andai inilah dugaanku...aku pasrah dan akan terus mencuba tabah. Demi sebuah kehidupan, demi sebuah keyakinan...Aku redha...InsyaAllah.

Aku berpaut pada...segala yang ku ada. Inilah dugaanku, inilah cabaran...dan aku pasti akan bertahan. Pasti...InsyaAllah.

Tuesday, October 5, 2010

Pelangi Selepas Hujan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Pelangi Selepas Hujan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Monday, October 4, 2010

Kasih sayang..terlalu indah dan menyakitkan...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Kita pernah mendengar ungkapan kata 'dekat tapi jauh'...pernah mengalami keadaan tersebut? mungkin pernah, dan mungkin tidak. Atau mungkin ada yang mengalami situasi 'jauh tapi dekat'. Mungkin saja kan?

Kenapa saya tiba-tiba terasa 'dekat tapi jauh'??? ada kalanya saya terasa orang yang begitu dekat dengan saya, sebenarnya sangat jauh dari saya. Ada pula orang yang sebenarnya jauh, tetapi menjadi begitu dekat dengan saya. Keadaan ini adakalanya menyentuh rasa saya kerana sepatutnya orang yang dekat dengan kita, merekalah yang paling dekat dengan kita dan begitulah sebaliknya. Namun, lumrah hidup ini pelbagai...Tidak semua perkara perlu diberikan penjelasan, tidak semua soalan ada jawapannya...kan?

Apa-apapun keadaannya, saya amat bersyukur kerana saya masih berada dalam lingkungan insan-insan yang prihatin dan penyayang. Saya juga mengharapkan agar kasih sayang dan keprihatinan saya masih cukup banyak untuk dikongsikan dengan orang-orang di sekeliling saya. Orang putih kata...'love is sharing'.

Dalam pada itu, saya juga sering berdoa semoga kasih sayang yang ada akan berkekalan selamanya. Mudah-mudahan juga kasih sayang yang ada tidak putus asa dan kecewa sebaik bertemu dugaan yang mendatang dalam kehidupan. Mudah-mudahan saya tidak terlalu bertanya apa yang orang beri pada saya, sebaliknya melihat apa yang boleh saya berikan pada orang lain. Saya berkeyakinan bahawa segala sesuatu yang kita lakukan akan ada saja pulangannya. Saya memberikan kasih sayang seikhlasnya dan mudah-mudahan saya juga mendapat kasih sayang seikhlasnya. InsyaAllah.

Friday, October 1, 2010

Bijak yang tak pandai...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Agak lama tidak berbicara lewat ruang maya ini. Bukan kerana lupa tetapi kerana ruang masa yang kian menghimpit hingga kadang2 kita seakan lemas sendiri. Mungkin perkara ini juga berlaku kesan pengurusan masa yang tidak baik...boleh jadi Kan?

Apa2pun, kali ini saya mahu berkongsi rasa yang berbuku di dada, berselirat di minda. Mengenai apa? bukan apa?...tetapi siapa? Siapa lagi kalau bukan kita ini sebagai manusia. Manusia ini tidak pernah memiliki sifat sempurna kerana kita ini sekadar makhluk. Namun kadang2 manusianya kita itu menjengkelkan. Saya sangat terkesan dengan sifat manusia yang merasakan dirinya serba sempurna, serba baik dan hebat berbanding orang lain. Sejujurnya saya percaya kita perlu memiliki keyakinan diri untuk berasa hebat. Kita perlu mempunyai keberanian untuk meletakkan diri kita sebagai seorang yang hebat. Hal seperti itu tidak mengganggu 'ekosistem' saya. Lantas yang memukul minda dan jiwa saya ialah mereka yang menganggap bahawa orang lain itu tidak boleh hebat, orang lain itu tidak bijak, orang lain itu kekurangan...banyak kurangnya kalau dibandingkan dengan dirinya. Keadaan sebeginilah yang menyesakkan dada saya.

Akhir-akhir ini saya sering berjumpa dengan golongan yang 'hebat' ini. Mereka ini seolah-olah 'untouchable'...tidak boleh diusik, tidak boleh ditegur... Kalau ditegur? mereka mula menarik muka. Semua pendapat mereka benar belaka, semua kata mereka itu bernas belaka. Kenapa? kerana mereka ini 'hebat'. Kita? manusia yang serba tidak tahu...maka pendapat kita layak dikesampingkan sahaja.

Sedihkan? sedih kerana pada saat orang mengaku pandai...kita nampak kebodohan. pada saat kita nak membetulkan kesilapan...kita menjadi seorang yang tidak boleh dibuat kawan. Nak buat apa? buat bodoh sajalah. Kalau pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar...biarkanlah.

Kita berdoa saja mudah-mudahan kita tidak seperti itu. Pada saya hidup ini kena ada toleransinya. Kita tidak semestinya sentiasa betul, tidak juga sentiasa salah. Maka, kita perlu kepada perbincangan. Semasa perbincnagan, kita perlu membuka hati dan minda..belajar memberi dan menerima. Barulah kita selesa dan tidak berbalah.

Saya selalu mengingatkan diri saya agar bersabar apabila berdepan dengan orang-orang sebegini. Kalau dikeraskan juga, takut nanti kalah jadi abu menang jadi arang. Begitulah..Mudah-mudahan kita diberikan kelapangan hati dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.InsyaAllah.