BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 31, 2009

Urusan...

Hari ni pasti ramai yang sibuk dengan suasana mahu menyambut tahun baru. Macam-macam cara, macam-macam gaya, macam-macam rupa. kata orang tepuk dada sajalah... tak ada yang salahnya selagi masih di landasan yang betul. Apa-apapun kita perlu muhasabah diri. Pagi tadi saya sempat mendengar pesanan seorang kawan tentang pengurusan.

1. Pengurusan diri - katanya kalau kita tidak terurus dari segi fizikal,mental dan spiritual pastinya kita akan kelam kabut.

2. Pengurusan masa - katanya kalau tak pandai urus masa dengan baik,gerenti 24jam sehari tak cukup dan akan menyusahkan orang lain...

3. Pengurusan kerja - katanya kita perlu tahu bidang tugas masing-masing, buat kerja biar betul dan betul-betul...ikhlas tu penting

4. Pengurusan Boss - katanya bukan untuk membodek atau sebarang urusan kipas mengipas tapi kita perlu akur pada boss selagi dia betul, lagipun kita sendiri pun boss juga kan..

Jadinya...sayapun berfikirlah balik, mana2 yang dah dibuat...teruskan dan baiki. Mana2 yang masih lompang, perlulah ditampung.

Mudah-mudahan 2010 lebih baik dan bermakna...Insyaallah.

Tuesday, December 22, 2009

Mengapa Bah?

Sehari dua ini, kala membaca akhbar...macam-macam rasa. Macam-macam ada. Dari yang biasa-biasa, sampai yang luar biasa (bukan luar biasa sebenarnya...)Terfikir di hati, sampai begitu sekali kita hari ini. Semangat juang yang membawa kemenangan, perkahwinan yang disensasikan, pelajar pintar yang ternyata masih pintar,pemanasan global dan tanggung jawab sosial, 'harapkan pagar, pagar makan padi'... dan alahai tak terkata banyaknya.
Apapun, kita masih berpijak di bumi yang sama, aku cuma berdoa mudah-mudahan kita2 ini masih sedar diri. Sehebat manapun manusia, dia pasti berasa lapar. Sehebat manapun selera makannya, dia masih tak dapat makan semuanya...(dek hambatan kenyang). Sehebat manapun manusia, akhirnya kita tetap meninggalkan dunia. Mudah-mudahan terfikir juga...kan?

Monday, December 7, 2009

Sebabnya...

Salam...mungkin ada yang tanya kenapa nak jadi blogger? saja ikut aliran semasa atau dah tak ada kerja? jawapannya...none above. Sebabnya mudah saja, ini satu cabaran yang saya beri untuk diri sendiri, setelah sekian lama berniat...akhirnya saya kotakan hajat. itu saja.Mudah-mudahan saya dapat kebaikan daripadanya.

Saturday, December 5, 2009

era baru...

akhirnya...aku jadi blogger. Yah!!