BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 5, 2010

Soal Hati...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Hari-hari berlalu masih tidak pernah jemu menitip cerita. Ada cerita yang membuat kita tertawa, tidak kurang cerita yang membuat kita menitis airmata. Adakalanya cerita-cerita itu membuat kita merana dan tidak kurangnya turut terkesima...Kenapa? kerana kita ini manusia biasa yang dikurnia jiwa dan rasa.

Kerana manusialah maka kita manusia turut menderita. Betul atau tidak terpulang kepada kita untuk menilainya. Manusianya kita sehingga kita mahu sempurna, mahu memuaskan hati semua, mahu memiliki segala-gala...dan tanpa sedar semua itu akhirnya membuatkan kita sakit jiwa, bahkan...mungkin gila...kan?

Maka kita mula bertanya, bagaimana kita hendak menerima hakikat bahawa sempurna itu bukan milik kita, manusia. Susah juga mencari jawapannya. Tapi, kita mungkin perlu bermula dari sebuku darah yang ada dalam diri. Segumpal darah yang sangat bererti...HATI.

Ya...hati. Di situlah kita perlu bermula...caranya? Ikhlas. Bagaimana? sekali lagi...payah hendak menjawabnya. Tetapi kita perlu mencuba sekali lagi..HATI.

Dalam menempuh hidup...kita tidak boleh terlalu banyak meminta, kita perlu lebih memberi tapi dengan seikhlas hati. Bercakap memang mudah, melaksanakannya pasti agak payah. Saya sendiri sedang cuba mendidik hati untuk lebih reda, lebih ikhlas. Kalau hendak dibuat sekali harung, alamatnya kata-kata setakat di bibir saja. Maka saya bertekad untuk mencuba sekali lagi sedikit demi sedikit. Mudah-mudahan saya diberikan kekuatan dan kelapangan hati untuk merubah diri. Mudah-mudahan juga Allah s.w.t memudahkan setiap laluan yang saya pilih.

Sehingga kini, saya yakin bahawa setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya, sama ada kita sedar ataupun tidak. Tapi, yakinlah akan kasih sayang Allah...InsyaAllah kita lebih pasrah.

Saya seringkali berdoa agar saya diberikan kerendahan hati untuk mengikhlaskan diri dalam setiap apa yang saya lakukan. Kerana saya juga manusia biasa yang adakalanya terlalu banyak bertanya, meminta dan mengharap...tetapi terkadang terlalu sedikit memberi...

Mudah-mudahan hati ini lebih ikhlas...InsyaAllah.