BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 31, 2009

Urusan...

Hari ni pasti ramai yang sibuk dengan suasana mahu menyambut tahun baru. Macam-macam cara, macam-macam gaya, macam-macam rupa. kata orang tepuk dada sajalah... tak ada yang salahnya selagi masih di landasan yang betul. Apa-apapun kita perlu muhasabah diri. Pagi tadi saya sempat mendengar pesanan seorang kawan tentang pengurusan.

1. Pengurusan diri - katanya kalau kita tidak terurus dari segi fizikal,mental dan spiritual pastinya kita akan kelam kabut.

2. Pengurusan masa - katanya kalau tak pandai urus masa dengan baik,gerenti 24jam sehari tak cukup dan akan menyusahkan orang lain...

3. Pengurusan kerja - katanya kita perlu tahu bidang tugas masing-masing, buat kerja biar betul dan betul-betul...ikhlas tu penting

4. Pengurusan Boss - katanya bukan untuk membodek atau sebarang urusan kipas mengipas tapi kita perlu akur pada boss selagi dia betul, lagipun kita sendiri pun boss juga kan..

Jadinya...sayapun berfikirlah balik, mana2 yang dah dibuat...teruskan dan baiki. Mana2 yang masih lompang, perlulah ditampung.

Mudah-mudahan 2010 lebih baik dan bermakna...Insyaallah.

0 comments: