BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 3, 2010

Membuat pilihan...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Dalam kesibukan dan keadaan yang merimaskan akibat kesan 'el-nino' ini, keadaan semakin rimas apabila kita berhadapan dengan situasi yang memerlukan kita membuat pilihan, kan?

Baru-baru ini saya berhadapan dengan situasi yang memerlukan saya untuk membuat pilihan. Meskipun ianya tidaklah melibatkan hal antara hidup dan mati tetapi pada saya perkara tersebut masih tetap penting. Dalam urusan kerja...saya tidaklah terlalu 'bercita-cita tinggi'. Pada saya selagi saya masih boleh bekerja, ada yang saya sumbangkan dan bergaji...pada saya sudah ok. Bukan tidak mahu naik pangkat dan sebagainya tapi...gaji besar datang dalam satu pakej, tanggung jawab yang juga lebih besar. Mana mungkin mahu naik pangkat, naik gaji, tapi kerja goyang kaki, arah orang sana sini. Kerja sendiri pun sebenarnya tidak begitu. Hakikat kan? Dalam kalut berfikir, saya tetap meminta pandangan daripada beberapa orang yang pada saya boleh memberikan sedikit sebanyak inspirasi kepada saya. (terima kasih atas nasihat dan kata-kata yang bernas...)Alhamdulillah, akhirnya saya membuat keputusan yang pada saya kemudiannya nanti tidak perlu dikesalkan.

Dalam pada saya mencari-cari ilham tempohari, saya yakin bahawa prinsip yang betul akan banyak membantu. Kalau kita ikhlas bekerja, segalanya pasti baik-baik saja. Tuhan itu maha pengasih dan penyayang. Kebaikan pasti akan dibalas dengan seribu kebaikan jua.Insyaalah.

0 comments: