BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 24, 2010

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, hari ini saya masih diberikan nikmat untuk terus bernafas di bumi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..syukur ya Allah. Begitu cepat masa berlalu kerana hari ini usia sudah bertambah setahun lagi.

Kalau dulu saya selalu berkata bahawa usia itu hanyalah angka...tidak perlu difikirkan sangat. Tapi, baru-baru ini saya terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa usia tidak boleh dilihat dari aspek angka sahaja. Analogi mudah yang diberi ialah pada usia 2 tahun, kita boleh berlari ke sana kemari hanya dengan mengenakan 'birthday suit' kita. Kita tidak akan dimarah, bahkan kita dilihat sebagai comel...yalah, pada usia sebegitu tak ada kesalahan berat yang kita lakukan. Tetapi, pada usia 20 tahun...kalaulah kita berperilaku sama seperti usia 2 tahun...mahunya kita ditangkap polis kerana melanggar tatasusila masyarakat di Malaysia. Kesimpulannya? betullah bahawa usia tidak boleh dilihat hanya dengan angka.

Hari ini saya cuba berusaha untuk menjadi seorang yang lebih positif dalam menempuh hidup ini. Tidak ada manusia sempurna...itu merupakan hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun, bagaimanapun, hari ini ramai antara kita yang cenderung melihat dan menilai manusia dari kaca mata yang sempurna. Kesannya, ramai yang sakit jiwa. Saya berusaha untuk menjaga jiwa saya agar tidak sakit.

Saya tidak menafikan sejak akhir-akhir ini sudah beberapa kali berdepan dengan cerita hidup yang tidak seronok, apalah yang boleh dibuat selain menghela nafas dan memohon agar Tuhan memberikan kekuatan dan kelapangan hati kepada saya untuk berdepan dengan semua itu. Pastinya Allah tidak akan menguji kita dengan ujian yang tidak mampu kita hadapi. Mudah-mudahan saya dapat menempuh semuanya dengan tabah dan sabar.

Kali ini saya tidak lupa berdoa semoga saya diberikan kejayaan dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

0 comments: