BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 8, 2010

Sedihnya

Assallamualaikum,

Hari ini sekadar berkongsi rasa hati yang sedih. Sedih melihat anak2 muda yang tidak lagi mempunyai budi pekerti seluhur dulu. Anak2 sekarang sudah jarang menjunjung maruah kedua ibu bapa di puncak tertinggi dirinya. Usahlah ditanya tentang harga diri...entah di mana letakknya. Saya sedikit emosi kerana pengalaman berhadapan dengan sikap pelajar2 biadap beberapa hari ini.

Dalam satu majlis...anak2 ini lebih suka menyorak tanpa perlu tahu apa intipati yang sedang dibincangkan. Mereka lebih suka berlagak hebat sesama mereka,tetapi apabila dikeluarkan dari kelompoknya, nama sendiripun tidak tersebut. Begitu berbangga mereka dengan kebiadapan seoalh-olah itu satu lambang kemajuan.

Teguran dan nasihat yang diberi bagai angin lalu. Lebih malang lagi apabila ada ibu bapa yang menyatakan mereka sendiri tidak lagi mampu mengawal anak masing-masing. Sekolah tidak dilihat sebagai gedung ilmu sebaliknya pusat penjagaan anak2 yang perkhidmatannya tidak perlu mereka bayar. F.O.C....

Apa2pun, saya masih berfikiran positif, di luar sana masih ramai lagi anak2 yang berjiwa luhur dan berbudi mulia, beruntunglah keluarga mereka...mudah-mudahan anak-anak ini terus berjaya dan mendapat kejayaan dan keberkatan hidup di dunia dan akahirat. Insyaalah.

Bagi saya...hidup tetap berlangsung seadanya. Saya tetap berusaha sehabis daya, membantu selagi terdaya dalam perjuangan saya mendidik anak bangsa. Saya yakin jika kita ikhlas bekerja,pasti akan ada juga kesannya. Insyaalah. Mudah2an saya diberikan kesihatan, kekuatan fizikal dan mental dalam usaha saya. Insyaallah.

2 comments:

AbGJaS said...

rasa bgitu yakin utk mengatakan di sini, kbykn ank2 yg biadab hr ni punya ibubapa yg kurang sopan juga sewaktu mudanya. justeru kebiadapan anak dianggap biasa2 sj oleh mereka.

Menurut al-kisah, nabi khidir a.s telah membunuh seorang budak yg punya potensi ancaman kpd masyarakat bila dewasanya.

Langkah cegah sebelum parah pd tahap tertinggi!

Utk rekod, Amerika sudahpun menjalankan pre-emptive measures spt nabi khidir!

mcm mana remaja sekelian?

Cikgu Aina said...

he3x, remaja hari ini baru suruh berdiri sejam, dah demam. Baru kena cuit sedikit dah menjerit...belum kena lasing dah terpelanting... Tapi tetap mengaku hebat! Mudah-mudahan kita semua terpelihara dari kegelapan yang sedemikian...