BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 30, 2010

Kerja kita...

Assalamualaikum w.b.t

Kelmarin, aku terjumpa kawan lama. Macam-macam cerita kami bualkan meskipun kami sekadar terjumpa. Antara isi cerita; kawan-kawan, keluarga, kerja,kerja dan kerja! Dahsyatkan? Tanpa disedari, kami berkongsi cerita berkenaan tuntutan kerja. Kawan tadi mengeluh betapa tuntutan kerja kadang-kadang menyeksa jiwa. Bahkan ada yang menuntut nyawa. Betulkan?

Aku sekadar berkongsi rasa...dalam bekerja kita tidak boleh terlalu serakah. Kadang-kadang kita mahu menjadi seorang yang terlalu sempurna sedangkan kita ini manusia biasa. Bukan pula aku bermaksud kita bekerja setakat buat yang terdaya, caca marba dan asal kerja. TIDAK sama sekali. Tetapi pada aku kerja itu biarlah berpada-pada. Rancanglah kerja dengan baik dan teliti. Selalu muhasabah diri...letakkan sasaran yang boleh kita capai. Jangan sekadar bermimpi! Andai kita ikhlas bekerja, kita pasti berasa seronok melakukannya. Andai kita berasa terpaksa, makanya kita pasti tersiksa dan menderita. Kesannya..STRESSSSSS.

Kemudiannya, tekanan itu akan kita jadikan alasan untuk segala kekurangan kita...Seperti yang telah ku katakan tadi. Berpada-padalah. Kita bekerja sebaiknya tapi janganlah sampai menyiksa diri. Ingatlah akan orang tersayang. Ada masa lapang,berehatlah. Kalau kita berada dalam keadaan yang baik, pasti kita akan boleh menghasilkan kerja yang baik juga.

Pesan kepada mereka yang bekerja sehingga menderita...bersabarlah. Usai semula cara kerja. Andai tak berdaya, berfikirlah secara positif. Sayangi diri.

Kadang-kadang bercakap memang senang, tetapi tidak semudah melaksanakannya. Aku juga macam orang lain, ada pasang surutnya. Tapi aku yakin, Allah s.w.t tidak akan menguji kita dengan sesuatu yg tidak mampu kita hadapi. Yakinlah. Pernah dengar ungkapan `sesuatu yg tidak boleh membunuh kita,pastinya akan menjadikan kita lebih kuat`. Untuk itu berusaha, berdoa dan bertawakallah agar kerja kita tidak membunuh kita... Insyaalah.

0 comments: