BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 6, 2010

Selepas hujan...

Hari ini...aku bersyukur kerana diberikan nikmat kehidupan. Meski ada kalanya kita merasa kepahitan dan kedukaan, sekurang-kurangnya semua itu mengajar kita untuk lebih menghargai apa yang kita ada sekarang.

Di luar sana hujan sedang turun dengan lebatnya. Dalam pada aku merenung hujan di jendela, aku terfikir betapa hujan juga membawa pelbagai kisah. Ada yang suka, ada yang duka, terpulang kepada kita yang merasa. Pastinya hujan tetap hujan, sama ada kita suka atau tidak. Sama ada kita mengharap atau tidak. Kenapa? kerana hujan adalah satu ketentuan yang bukan milik kita sebagai makhluk...hmmmmmmmmm, kenapa aku bercakap tentang hujan ya?

Bersama hujan adalah rahmat. Selebat manapun hujan, pasti reda. Sebasah manapun bumi olehnya...pasti kering jua. Selepas hujan, kita menikmati kesegaran...ketenangan dan keindahan. Wajib kita bersyukur kan? Kalau kita bernasib baik...kita akan melihat pelangi. Dan pelangi itu tidak akan muncul hanya dengan terik mentari...maka, perlu kita mensyukurinya kan?

Sekali lagi hari ini aku bersyukur dengan segala apa yang telah berlaku dalam kisah hidupku. Memang tidak semuanya indah, tetapi aku tetap melihat keindahan dalam setiap satunya...semoga aku terus diberikan kekuatan dan kelapangan hati dalam menempuh setiap satu yang mendatang dalam hidupku. Kuyakini bahawa hidup lebih bermakna jika kita mensyukurinya. Alhamdulillah...

0 comments: