BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 31, 2010

Syukur...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Dengan sedar, malam ini ramai antara kita yang dengan penuh pelbagai rasa dan resahnya menunggu detik 12 tengah malam. Dengan penuh sedar juga ramai antara kita yang mencuba untuk menetapkan azam tahun baru 2011. Dalam keadaan yang sedar juga, kita dalam diam cuba mencari pelbagai sebab dan alasan untuk memaafkan diri bagi setiap azam dan janji yang tidak tertunai sepanjang 2010...kan?

Detik ini aku aku mencari-cari sebab dan alasan untuk beberapa perkara, termasuklah juga kisah dan peristiwa yang berlaku dalam hayatku sepanjang 2010. Sebilangannya, semua jelas nyata. Bagai sudah terang lagi bersuluh. Namun ada segelintirnya, aku masih terus berfikir dan mencari hingga aku hampir pasti bahawa aku tidak mempunyai jawapan untuk semua soalan. Aku akur bahawa dalam hidup ini, memang ada perkara yang hanya perlu dimengertikan sebagai suatu takdir dalam hidup. Aku pasrah...redha.

"There is a gift in every problem"...aku bersyukur kerana masih memiliki sebuah kehidupaan yang sejahtera. Segala cabaran yang kutempuh sebenarnya mengajar aku untuk lebih kuat dan bersyukur. InsyaAllah. Mudah-mudahan saja aku diberikan kelapangan minda, jiwa dan hati untuk meneruskan kembara ini. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan agar aku boleh dan mampu melaksanakan setiap tanggungjawabku dengan sebaik mungkin. Mudah-mudahan juga Aku diberikan kesihatan dan kekuatan untuk terus berbakti. Mudah-mudahan juga aku aku diberi kesempatan untuk terus menikmati kehidupan ini. InsyaAllah

Buat kesekian kalinya, aku bersyukur atas segalanya...Alhamdulillah.

0 comments: