BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 15, 2010

Tragedi Airmata

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Sehari dua ini aku melihat airmata yang begitu murah harganya. Menitis di mana-mana. Menangis itu lumrah. Malahan menangis itu suatu yang menyihatkan dan boleh memberi kelegaan kepada kita. Tetapi wajarkah kita menangisi setiap satu yang berlaku di luar kehendak kita? Patutkah kita menangis setiap kali percaturan kita tidak menjadi? Perlukah?

Hal sebegitulah yang mengganggu benakku setiap kali melihat tragedi airmata. Tragedi? ya...tragedi. Amat malang kita menangis untuk suatu yang belum pasti dan belum lagi kita tempuhi. Malang kerana kita menangis semata-mata kerana risau akan beban kerja yang masih belum pasti menjadi tanggungan kita. Malang kita menangisi peluang menimba pengalaman yang cuba diberikan kepada kita tetapi kita memberikan tafsiran yang berbeza terhadapnya. Amat malang kita menitiskan airmata kerana kita ingin membuktikan betapa kita perlu dikasihani dan dimengerti...Entahlah. Mungkin menangis ini ada seninya. Mungkin juga menangis ini ada muslihatnya... Ahh!!!apapun ia, pada aku airmata itu ada harganya...

Airmata itu berharga?...ya, airmata itu ada nilainya. Bukan untuk diberikan kepada semua. Bukan juga untuk setiap perkara. Mengapa? kerana airmata boleh menggambarkan siapa kita. Airmata juga boleh memberi gambaran emosi kita. Aku tidak berkata kita jangan menangis, samalah juga dengan andaian lelaki tidak boleh menangis. Tidak, aku tidak menentangnya. Pada ku menangis itu perlu, tetapi lihatlah dulu kewajarannya. Memang airmata tidak boleh ditahan pada saat ia tumpah. Tapi...janganlah terlalu cengeng!.Kenapa? takut...nanti airmata itu hilang nilainya. Sama seperti persepsi orang yang terlalu sering melihat kita menangis...hmmmmmm

Kalau ingin menangis...menangislah. Tapi biarlah ia menjadi suatu yang tidak terlalu sering hingga memberi pelbagai tanggapan pada orang yang melihatnya. Sukar? mungkin, tetapi kita sentiasa boleh mencuba...maka, 'be strong'...

Aku juga sering menangis...tetapi hanya di sudut hati. Aku juga terkadang menangis kala hati tersentuh, aku juga menangis kala aku terlalu marah...TAPI tidak hanya kerana aku diberi kerja...aku tidak akan menangis hanya kerana aku diberi cabaran. Pada aku semua dugaan itu akan mendewasakan...semua pengalaman itu akan memberi erti pada kehidupan...

Janganlah kita menangis semata-mata kita merasakan hanya airmata saja yang kita ada...Janganla kita menangis hanya kerana kita telah kehilangan kata-kata...takut nanti sampai satu ketika kita tidak mampu lagi menangis dan tidak ada orang yang mahu menangisi kita...waulahuaalam..

1 comments:

Anonymous said...

Salam...
menangis la kalau mahu, tapi jangan selalu...