BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 1, 2010

Bijak yang tak pandai...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Agak lama tidak berbicara lewat ruang maya ini. Bukan kerana lupa tetapi kerana ruang masa yang kian menghimpit hingga kadang2 kita seakan lemas sendiri. Mungkin perkara ini juga berlaku kesan pengurusan masa yang tidak baik...boleh jadi Kan?

Apa2pun, kali ini saya mahu berkongsi rasa yang berbuku di dada, berselirat di minda. Mengenai apa? bukan apa?...tetapi siapa? Siapa lagi kalau bukan kita ini sebagai manusia. Manusia ini tidak pernah memiliki sifat sempurna kerana kita ini sekadar makhluk. Namun kadang2 manusianya kita itu menjengkelkan. Saya sangat terkesan dengan sifat manusia yang merasakan dirinya serba sempurna, serba baik dan hebat berbanding orang lain. Sejujurnya saya percaya kita perlu memiliki keyakinan diri untuk berasa hebat. Kita perlu mempunyai keberanian untuk meletakkan diri kita sebagai seorang yang hebat. Hal seperti itu tidak mengganggu 'ekosistem' saya. Lantas yang memukul minda dan jiwa saya ialah mereka yang menganggap bahawa orang lain itu tidak boleh hebat, orang lain itu tidak bijak, orang lain itu kekurangan...banyak kurangnya kalau dibandingkan dengan dirinya. Keadaan sebeginilah yang menyesakkan dada saya.

Akhir-akhir ini saya sering berjumpa dengan golongan yang 'hebat' ini. Mereka ini seolah-olah 'untouchable'...tidak boleh diusik, tidak boleh ditegur... Kalau ditegur? mereka mula menarik muka. Semua pendapat mereka benar belaka, semua kata mereka itu bernas belaka. Kenapa? kerana mereka ini 'hebat'. Kita? manusia yang serba tidak tahu...maka pendapat kita layak dikesampingkan sahaja.

Sedihkan? sedih kerana pada saat orang mengaku pandai...kita nampak kebodohan. pada saat kita nak membetulkan kesilapan...kita menjadi seorang yang tidak boleh dibuat kawan. Nak buat apa? buat bodoh sajalah. Kalau pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar...biarkanlah.

Kita berdoa saja mudah-mudahan kita tidak seperti itu. Pada saya hidup ini kena ada toleransinya. Kita tidak semestinya sentiasa betul, tidak juga sentiasa salah. Maka, kita perlu kepada perbincangan. Semasa perbincnagan, kita perlu membuka hati dan minda..belajar memberi dan menerima. Barulah kita selesa dan tidak berbalah.

Saya selalu mengingatkan diri saya agar bersabar apabila berdepan dengan orang-orang sebegini. Kalau dikeraskan juga, takut nanti kalah jadi abu menang jadi arang. Begitulah..Mudah-mudahan kita diberikan kelapangan hati dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.InsyaAllah.

0 comments: